chart-pie-35
Objektif

Objektif ISAC2U adalah untuk menilai tahap kefahaman dan kemahiran penggunaan teknologi maklumat di kalangan sektor awam. ISAC2U merupakan mekanisme di mana seseorang itu dapat dinilai sama ada sudah bersedia untuk menjalankan tugas-tugas dalam suasana Kerajaan Elektronik dari segi pengetahuan dan kemahiran.

time-alarm
FORMAT PENILAIAN

  • Bahagian 1 - Ujian pengetahuan yang mengandungi 40 soalan objektif yang perlu dijawab dalam masa 20 minit
  • Bahagian 2 - Ujian kemahiran yang mengandungi 3 soalan dan calon-calon dikehendaki menjawab semua soalan tersebut dalam masa 40 minit.

credit-card
KURIKULUM

Bahagian 1 - Penilaian pengetahuan yang merangkumi :

  • Software
  • ICT Security
  • Inisiatif ICT Sektor Awam
  • Rangkaian dan Wifi
  • Government Mobility
  • Media Sosial


Bahagian 2 - Menilai kemahiran dalam :

  • Mencari dan memperolehi maklumat menggunakan internet.
  • Menyediakan dokumen pemprosesan atau dokumen persembahan berkaitan dengan pengendalian tugas-tugas asas.
  • Berkomunikasi secara elektronik melalui emel.



Mengenai ISAC2U

Penilaian ICT Skills Assessment and Certification To You (ISAC2U) dilaksanakan untuk menilai tahap kefahaman dan kemahiran penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) di kalangan personel sektor awam. Ia merupakan satu alat bagi mengukur kesediaan personel sektor awam untuk bekerja dalam persekitaran Kerajaan Elektronik dari segi pengetahuan dan kemahiran dalam penggunaan asas perisian-perisian ICT yang sering di guna pakai (commonly used).



VISI
Untuk Menjadi Institusi Pembelajaran Sektor Awam yang Unggul

MISI
Untuk Membangunkan Modal Insan Sektor Awam yang Kompeten Melalui Pembelajaran Berkualiti

Sistem ISAC2U

Sila KLIK Kajian Impak Penggunaan Sistem ISAC2U

 

Calon Penilaian ISAC2U

1.                Individu

Terdiri daripada individu yang menyandang jawatan Pembantu Setiausaha Pejabat Gred N19, Pembantu Tadbir (Perkeranian/Operasi) Gred N19, Pembantu Tadbir (Kewangan) Gred W19, Pegawai Khidmat Pelanggan Gred N19 dan Setiausaha Pejabat Gred N29 di mana kelulusan dalam Penilaian ISAC2U merupakan syarat wajib untuk pengesahan dalam perkhidmatan. 

 

2.                Kumpulan

Terdiri daripada kakitangan yang dipilih dari Kementerian/ Jabatan/ Agensi yang memohon untuk dijalankan Penilaian ISAC2U secara kumpulan.  Permintaan ini bergantung kepada Kementerian/ Jabatan/ Agensi tersebut samaada untuk memenuhi kehendak ISP atau polisi masing-masing.

Senarai Jadual Penilaian

Sila semak setiap halaman jadual untuk melihat jadual yang masih dibuka.

No. Tarikh Penilaian Masa Mula Saluran Penilaian Status Jadual
1 30-04-2024 09:30 Atas talian Penuh
2 30-04-2024 14:30 Atas talian Penuh
3 02-05-2024 09:30 Atas talian Dibuka
4 02-05-2024 14:30 Atas talian Dibuka
5 07-05-2024 09:30 Atas talian Dibuka
6 07-05-2024 14:30 Atas talian Dibuka
7 09-05-2024 09:30 Atas talian Dibuka
8 09-05-2024 14:30 Atas talian Dibuka
9 14-05-2024 09:30 Atas talian Dibuka
10 14-05-2024 14:30 Atas talian Dibuka
11 16-05-2024 09:30 Atas talian Dibuka
12 16-05-2024 14:30 Atas talian Dibuka
13 21-05-2024 09:30 Atas talian Dibuka
14 21-05-2024 14:30 Atas talian Dibuka
15 23-05-2024 09:30 Atas talian Dibuka
16 23-05-2024 14:30 Atas talian Dibuka
17 28-05-2024 09:30 Atas talian Dibuka
18 28-05-2024 14:30 Atas talian Dibuka
19 30-05-2024 09:30 Atas talian Dibuka
20 30-05-2024 14:30 Atas talian Dibuka